Nama Akademi :

Infitah Training & Consultancy (ITC).

No. Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) :

NS 0059148-W.

Keahlian:

- Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) www.tamrin.com

- Ahli bersekutu Akademi Sinergi (bersama Total Success Training & Consultancy & Synergy Training & Consultancy) www.akademisinergi.com

Akaun Bank :

CIMB Islamic: 0507 0000 3581 04

Individu Bertanggungjawab :

Ustaz Mohd Arif Asa'ad bin Johari (016-373 3607)

Jawatan:

Managing Director / Lead Trainer

Pendidikan:

- Sarjana Muda Sains Gunaan & Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

- Sijil Perguruan Islam MUSLEH

Biodata Ringkas:

- Pengasas kepada Infitah Training & Consultancy.

- Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

- Fasilitator bagi One Step Management Consultant & Akademi Insan Moreclass Hidayah.

- Pengajar 'Tahsinul Qiraah al-Quran' bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (Cawangan Seremban).Mempunyai pengalaman mengajar di SRI Assaidiyah dan telah ditugaskan sebagai Guru Panitia Subjek Pendidikan Islam.

- Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang 'home tuition' sejak tahun 2007.

- Berpengalaman mengendalikan program-program bagi para pelajar sekolah, IPT, surau, masjid & korporat termasuk bersama JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), NSSDC (Negeri Sembilan Skills & Development Centre), Pusat Zakat Selangor, JASA (Unit Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Akademi Insan Moreclass Hidayah, Victor Buyck (M) Sdn. Bhd, Amanah Ikhtiar Malaysia & lain-lain.

*****************************

Cikgu Mohd Noor bin Mohd Tahir (013-2006840)


Jawatan:

Academic Manager / Trainer


Pendidikan:

- Pelajar Master in Business Administration (MBA), Management & Science University (MSU) Major in Global Marketing.

- Bachelor in Biomedicine (Hons), Management & Science University (MSU).

- Sijil Pengajian Usuluddin, Universiti Malaya (UM).

- Certificate in Teaching Skill (CTS), Kolej PTPL.

- Certificate in Multimedia Discovery, Kolej Cosmopoint.

- Sijil Penilaian Menengah Rendah Agama (PMRU) & Sijil Menengah Agama (SMU) Maahad Muhammadi Lelaki, Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Biodata Ringkas:

- Menerima 'Anugerah Pengetua' Matrikulasi KPM, Kolej MARA Kulim.

- Dianugerahkan 'Dean's List' Bachelor in Biomedicine, MSU (5 kali).

- Dianugerahkan sebagai 'Pensyarah Berkaliber Kolej PTPL 2009'.

- Memperolehi Anugerah Pengajaran 'Best Subjects' Kolej PTPL (4 semester berturut-turut).

- Mantan AJK Biro Kerohanian, MPP, Kolej MARA Kulim.

- Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

- Berpengalaman sebagai pensyarah di Kolej PTPL Seremban bagi 'School of Health Science' dan merupakan Mantan Penasihat 'Medical Laboratory Technology Club' (MLTC). Mempunyai pengalaman sebagai urusetia dan fasilitator bagi program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya anjuran Kolej PTPL di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan.

- Mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Kajang, Sekolah Menengah ACS, Seremban, pusat tuisyen dan 'home tuition'. Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang 'home tuition' sejak tahun 2007.

- Merupakan 'Senior Consultant' bagi Futuwwah Training & Consultancy serta urusetia & fasilitator bagi Akademi Insan Moreclass Hidayah & Ilham Iktizam Training & Consultancy.

- Terlibat dengan bidang motivasi dan pembangunan insan secara aktif sejak tahun 2004 bersama konsultan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Berpengalaman mengendalikan program bersama pelajar IPT, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) & sekolah harian.

- Penulis sambilan di www.iluvislam.com & merupakan moderator www.infitahhometuition.com dan kini sedang membuat kajian mengenai aplikasi e-learning dalam bidang pembelajaran & 'soft-skills'


***********************************

Cikgu Badrul Hisyam Bin Razali (019-3812580)


Jawatan:

Research & Development Manager / Trainer


Pendidikan:

- Bioperubatan (MSU).

- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS)

- MRSM Serting

Biodata Ringkas:

- Mantan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2003).

- Mempunyai pengalaman sebagai Pengurus Akademi Seni Gayong.

- Moderator & Gurulatih Perkampungan Demonstrasi Silat Gayong ASEAN KISAS Cluster..

- Pengarah Urusan Mind ACE Services.

- Fasilitator 'Program Team Building' FELCRA Training & Consultancy Sdn. Bhd. serta pengerak bagi program-program anjuran Tenaga Insan Sdn Bhd.

- Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang 'home tuition' sejak tahun 2006 bersama Era Motiva Learning.

- Mempunyai pengalaman menjadi guru tuisyen jemputan Sek. Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ), Pusat Tuisyen Mawar & rumah anak yatim.

*********************************

 

 

Tuan Zuhairi bin Mohd Nopiah.

Advisor/Consultant


Biodata Ringkas :

Memperolehi ijazah Sarjana Muda di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 1998 dalam bidang Ekonomi dan Kewangan. Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah Universiti Malaya (UM), Sijil Pengajian Usuluddin (UM) dan Sijil Pengajian Al-Quran (UM).

Pernah bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Kolej Sri Al-Ain Sungai Merab, Kajang pada tahun 1999. Kemudian telah berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Matrikulasi Kolej Negeri, Seremban Negeri Sembilan. Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai pegawai hal ehwal pelajar (HEP) di ibu pejabat Kolej Negeri, Negeri Sembilan.

Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Eksekutif Latihan di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building, bengkel pengurusan strategik dan kursus-kursus kemahiran yang lain.

Bergiat aktif dalam mengendalikan latihan semenjak 1995 sewaktu masih menuntut di universiti lagi. Pernah mengendalikan pelbagai aspek latihan dan motivasi yang melibatkan pelbagai institusi seperti masjid, sekolah, jabatan kerajaan, syarikat korporat, penjara, pusat pemulihan dadah dan universiti di dalam negara mahupun luar Negara seperti Amerika Syarikat dan Mesir.

Beliau adalah jurulatih utama (Master trainer) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam Program Tujuh Anjakan Manusia Rabbani (TAMAR), Kem Bina Pasukan (Team Building), Program Jalinan Kasih Rabbani (PJK Rabbani), Seminar Pengurusan Kasih Sayang dan Bengkel Pembelajaran Rabbani (BPR).Â

Selain itu, beliau juga merupakan NLP Practitioner yang diiktiraf oleh National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP, USA).

Beliau juga merupakan pemegang sijil green belt of ESQ (Emotional Spiritual Quotient) Leadership Training dan telah dilatih secara intensif tentang konsep dan kaedah untuk membangunkan potensi dalaman modal insan.

Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan jurulatih utama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC), Salam Perdana Training & Management Consultancy dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).


Beliau juga merupakan jurulatih Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam Kursus Bina Sahsiah Pekerja Cemerlang dan Bengkel Keluarga Harmoni.

Pernah mengendalikan program pembangunan modal insan untuk ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Sembilan. Sehingga hari ini, beliau telah mengendalikan lebih dari 7000 sesi latihan, ceramah dan motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Merupakan peneraju Modul LAW of UNIVERSAL ATTRACTION: Rahsia Kejayaan & Kebahagiaan yang telah banyak membantu pelbagai golongan peserta mencapai impian masing-masing menggunakan teknik Kuasa Minda dan Spiritual.

Merupakan tetamu jemputan bagi Rancangan 'Anak-Anak Kita' terbitan Radio Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2004. Mendirikan rumah tangga dengan Puan Hazida Hassan dan dipinjamkan Allah dengan 4 orang cahayamata.

***************************************

Tuan Fazrul Ismail

Advisor/Consultant

Pendidikan:


  • Bahasa Arab di Alim International Arabic Learning Center Kaherah, Mesir (2003)
  • Kejuruteraan Kimian di Purdue University, West Lafayette, IN (1999-2003)
  • Peserta kursus dan seminar anjuran Al-Maghrib Institute, Bayyinah Institute, ISNA, MSA dan ICNA.
  • Pusat Pendidikan Persediaan, UiTM, Shah Alam, Malaysia (1998-1999)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Malaysia (1993-1997)
  • Sekolah Keb Batu 3, Kluang, Malaysia

Karier Profesional:

  • CEO, Coach dan Trainer Total Success Training & Consultancy (2007-sekarang)
  • Pengarah Eksekutif, al-Furqaan Foundation California Chapter , Chicago (2008-2009)
  • Trainer Online MasterPIES.COM & Halfdate.COM dan E-Business (2008-2009)
  • Trainer & Konsultan, Quality Expert Sdn. Bhd. (2006)
  • Eksekutif R&D, KERSANI Training Center, Segamat (2003-2006)
  • Pereka Laman Web Pendidikan Jarak Jauh Jabatan Veterinar Purdue University (2002)
  • Pengkaji usia karbon, Jabatan fizik, Purdue University (2001)
  • Pengalaman Dalam Pembentangan Pemikiran Sistematik:
  • Membentangkan kertas kerja dan kajian dalam pemikiran sistematik di organisasi –organisasi pendidikan (2003-2007)
  • Membentangkan kertas kerja 'Systems Thinking: Our Future in Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana (2003)
  • Presented paperwork for Kolokium Fikir on Systems Thinking in Al-Azhar University, Cairo, Egypt (2003)
  • Presented paperwork for Johor Student Association in Egypt titled: Antara Bumi Mesir dan US: Satu Analisis (2003)


Buku dan Artikel

  • Penulis buku 'Pemikiran Sistemik' (2003)
  • Menulis buku ;Hidup Zero Alasan' terbitan PTS (2006)
  • Segelas Air: a book in simpler language about Systems Thinking
  • The 7 Habits of Highly Effective People Melalui Pemikiran Sistemik: a game-book-like analysis on the monumental book of Stephen R Covey through Systems Thinking approach
  • Columnist of Majalah i published by Karangkraf.
  • Penulis serta moderator di www.casic.masterpies.com

*********************************

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Advisor/Consultant

Biodata Ringkas :

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil merupakan penulis kepada buku-buku motivasi keagamaan negara. Sehingga kini, telah menghasilkan buku-buku best sellers. Ustaz Hasrizal juga telah berjaya menghasilkan buku pertama beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA, yang menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan. Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA.

Ustaz Hasrizal memegang ijazah sarjana muda (Hons.) in Sharia & Islamic Studies dari Mu'tah University, Jordan. Sebelum itu, Hasrizal menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh 88-92.

Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland,kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Ustaz Hasrizal dilantik sebagai Kaunselor Pelawat dan Muslim Chaplain pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada Februari 2007.

Kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting (STC), sebuah syarikat perundingan dan latihan yang menjalankan program-program pembangunan diri, terutamanya di kalangan remaja dan belia negara.

Berumahtangga dengan Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, seorang pegawai perubatan dan pensyarah pelatih di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin.