'Quranic Home Based' (Belajar Al-Quran di Rumah)

Terbuka kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Cadangan tempoh setiap sesi 1 - 2 jam.

Konsep Pembelajaran :

Iqra'/Qira'ati/Muqaddam (Asas) :

· 30 minit pertama (atau lebih) (Semakan bacaan Iqra').

· 30 minit seterusnya (atau lebih) 'Surah-surah Juz Amma secara talaqqi bersama tutor.

· (Surah al-Fatihah diikuti surah al-Nas hingga ke surah al-Naba'.Ia berfungsi sebagai surah yang dapat dipraktikkan ketika solat. Menghafaz surah amat

digalakkan)

· Atau Fardhu ain/ibadah (seperti bersuci, solat, puasa, tayammum dan lain-lain) atau tadabbur (terjemahan Al-Quran) atau hadis-hadis pilihan atau doa-doa pilihan


Al-Quran :

· 45 minit pertama (atau lebih) - Semakan bacaan al-Quran

· 15 minit seterusnya (atau lebih) Tajwid (teori & praktikal).

· Atau - Fardhu ain.

Cadangan buku yang digunakan :

· Tajwid : Buku 'al-Matien' (Penulis: Ustaz Zamri. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)

· Fardhu ain : Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' : (Dato' Ismail Kamus. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)

Keistimewaan 'Quranic Home Based'


  • Selain daripada mempelajari berkenaan bacaan Al-Quran & ilmu tajwid, 'Quranic Home Based'juga boleh disertakan dengan sesi fardhu ain.

  • Mengekalkan tradisi menuntut ilmu iaitu secara talaqqi & musyafahah (berhadapan terus dengan ustaz/ustazah).

  • Kualiti tutor memberikan fokus kepada pelajar sangat tinggi kerana pelajar hanya terdiri daripada 1 - 7 orang sahaja.

  • Pelajar mendapat maklumat yang jelas daripada tutor (bacaan mulut & praktikal perbuatan) manakala tutor pula dapat melakukan semakan secara langsung kepada pelajar (samada semakan bacaan mulut @ praktikal perbuatan).

  • Setiap pelajaran/bacaan/isu/permasalahan dapat dibincangkan secara telus antara pelajar & tutor tanpa rasa segan.

  • Tutor bukan sahaja berkongsi ilmu bersama pelajar, malah boleh berkongsi pengalaman sedia ada untuk kebaikan bersama antara tutor & pelajar.

 

Maklumat lanjut boleh layari www.mengajialquran.com

 

* Bergantung pada kesesuaian dan kehendak tuan/puan. Segala keperluan boleh diperbincangkan. Untuk pertanyaan, sila klik di sini.