Selamat bertemu lagi, setelah sekian lama kami menyepikan diri dari duni penulisan blog ni. Okey, tanpa membuang masa. Jom kita semak, apakah teknik untuk menjawab soalan Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR), Kertas 1.

Kebanyakan pelajar mengadu soalan Matematik Kertas 1 PMR agak susah dan tidak cukup masa untuk menjawab 40 soalan objektif dalam masa 1 jam 15 minit yang diperuntukkan.

Jadi, walaupun mereka tahu formula untuk soalan tersebut, namun kengkangan masa membuatkan mereka tersilap dalam memberi jawapan (ni kes maain tembak di hujung waktu peperiksaan).

Buat Soalan Senang Dahulu

Seperti biasa, guru selalu mengingatkan, jika soalan tersebut dirasakan susah, bulatkan soalan tersebut dan cepat-cepat beralih kepada soalan lain yang lebih mudah! Jangan merugikan peluang aidk-adik untuk mendapatkan markah bonus pada soalan yang LEBIH SENANG ini!

40% Kemahiran 60% Pengetahuan

 

Soalan matematik ini hanya memerlukan 40% kemahiran matematilk, dan selebihnya adalah pengetahuan dalam menggunakan formula matematik. Jadi, semak sekarang, adik-adik di peringkat mana. Samada banyak menggunakan kemahiran tanpa pengetahuan yang cukup tentang formula matematik. Ataupun, telah menghafal dan faham semua formula matematik, namun.. Tiada kemahiran yang jitu dalam menyelesaikan masalah matematik yang diberikan..

Alamak, cikgu ada kelas sekarang ni, nantikan post selanjutnya untuk mengetahui cara untuk menguasai teknik dan kemahiran yang betul dalam menjawab soalan Matematik PMR Kertas 1 ni... Tungguuuuuuu!