A. Bagaimana untuk memulakan?
Tuan/Puan boleh membuat pra-pendaftaran secara online. Kami akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan tentang perkhidmatan kami dengan lebih lanjut atau maklumat akan diberikan secara online. Jika bersetuju, baru kelas akan dimulakan.

 

 

B. Bagaimana jika saya kurang sesuai dengan pengajaran tutor tersebut?
Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami pada kelas pertama, tutor boleh diganti atau tiada sebarang bayaran dikenakan.

 

C. Adakah saya perlu membayar proses 'matching' tutor?
Tidak! Perkhidmatan matching tutor ini adalah PERCUMA untuk pelajar. Tiada bayaran dikenakan

 

D. Berapa yang harus saya bayar jika saya membuat keputusan untuk menggunakan khidmat tutor melalui Akademi Infitah?
1. Hanya bayar Yuran Pendaftaran (yuran seumur hidup)
2. Bayaran penuh (yuran pendaftaran & yuran bulanan) dibayar pada awal bulan terus kepada kami setelah berpuas hati dengan tutor yang mengajar. Maklumat mengenai yuran boleh diperolehi dengan menghubungi wakil kami mengikut kawasan tuan/puan.

E. Selepas beberapa sesi, bolehkah saya meminta penukaran tutor jika didapati tutor tersebut tidak sesuai atau tidak kompeten?
Ya. Tetapi tuan/puan perlu membayar yuran pengajian untuk pelajaran yang telah dijalankan. Kami akan menguruskan untuk penggantian tutor yang lain.

 

F. Bagaimana caranya saya membuat bayaran kepada Akademi Infitah?
Anda boleh membuat bayaran dengan mesin deposit CDM atau Perbankan Internet 'fund transfer'. Sila simpan bukti pembayaran sebagai rujukan. Pastikan tuan/puan menghubungi 'manager' kami selepas membuat pembayaran untuk pengesahan.