Akademi Infitah ialah sebuah konsultan yang menguruskan klien & tutor untuk pakej 'Home Tuition' & 'Quranic Home Based'. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej-pakej yang kami sediakan iaitu 'Muslim Home Tuition' & 'Quranic Home Based' adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran yang diikuti. Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami. Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi. Semoga pelaburan tuan/ puan ini akan memberikan manfaat yang besar di dunia & di akhirat. Akhir kalam, semoga Allah merahmati & memberkati segala amalan kita. Amin



'Impian Anda, Harapan Kami'